Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penyokong pemimpin digugur diminta tak emosi
Diterbitkan:  Jul 31, 2015 9:14 PM
Dikemaskini: 1:15 PM

Penyokong pemimpin yang digugurkan dalam rombakan Kabinet baru-baru ini diminta tidak emosional, sebaliknya menerima keputusan dengan seadanya, kata Ketua Penerangan Pemuda Umno Jamawi Jaafar.

Beliau berkata, penyokong sepatutnya mencontohi sikap pemimpin mereka yang menerima keputusan rombakan Kabinet itu dengan hati terbuka dan berikrar tetap memperjuangkan kepentingan parti.

"Kita tidak mahu pemimpin atasan terima, tapi penyokong pula tidak terima dan mengadu-domba yang akan sebabkan perpecahan. Saya rasa isu ini perlahan-perlahan kita akan atasi dengan baik," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Alor Setar hari ini.

 

Dalam rombakan Kabinet Selasa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan serta melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri baharu, selain mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Dalam Negeri.

Perdana Menteri turut melantik tujuh muka baru sebagai menteri dalam barisan Kabinetnya dan menggugurkan empat menteri serta satu timbalan menteri.

 

Menurut Jamawi, buat masa ini apa yang diperlukan ialah penjelasan sehingga ke peringkat akar umbi mengenai isu tersebut, bagi memastikan tiada cubaan memecahbelahkan parti dibuat pihak tidak bertanggunjawab.

"Kita nak semua amalkan politik matang, bukan politik emosi," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS