Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Buku kecil diedarkan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) kepada perwakilan Umno Seremban dalam mesyuarat agung tahunan bahagian itu menjelaskan mengenai skandal dihadapi Datuk Seri Najib Razak.

Dua naskhah diedarkan dengan salah satunya mengandungi 50 halaman berjudul 22 Jawapan Najib diterbitkan JASA dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Satu naskhah lagi adalah versi dipermudah dengan ringkasan jawapan mengenai beberapa topik seperti serangan Tun Dr Mahathir Mohamad serta penjelasan mengenai 1MDB dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Malaysiakini mendapati semua kandungan yang dimuat dalam buku itu diambil daripada jawapan balas diberi perdana menteri sebelum ini, termasuk diambil dari blog beliau dengan sedikit penjelasan tambahan.

Beberapa statistik juga dipaparkan.

Antara bab yang ada ialah "Dakwaan Tidak salah meminta PM meletak jawatan kerana negara lebih kucar-kacir berbanding sebelum ini".

Penulis mendakwa tuduhan tersebut adalah pendapat peribadi Dr Mahathir apabila beliau "memilih untuk mengabaikan semua pencapaian kerajaan di bawah pelbagai program transformasi" yang dijangka menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Isu yang dipaparkan ialah jawapan kepada dakwaan "Malaysia negara paling korup" dan "Seorang pemimpin yang dipilih tidak kebal terhadap penyingkiran sebelum tempohnya berakhir".

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen
ADS