Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Selain menyatakan sokongan teguh kepada Datuk Seri Najib Razak, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan tampil mengecam timbalan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Isu yang menjadi asasnya ialah keengganan bekas timbalan perdana menteri itu memberi dukungan kepada perdana menteri.

Malah Mohamad juga kelihatan menyambut baik tindakan Najib menyingkirkan Muhyiddin daripada kabinet.

"Kalau kita tak boleh kerja dan ada masalah dengan bos kita, bukan bos kita yang kena pergi (melepaskan jawatan). Kita yang kena pergi," katanya.

Kenyataan itu dibuat di mesyuarat agung tahunan Umno bahagian Seremban hari ini.

Muhyiddin digugurkan daripada jawatannya Selasa lalu selepas didapati beberapa kali mengkritik cara Najib mengendalikan isu 1MDB.

Turut diketepikan, Naib Presiden Umno Datuk Seri Moha Shafie Apdal.

 

'Formula' digunakan Mohamad mengenai cara bekerja berpasukan itu bukanlah kali pertam dilakukannya.

Pada  1 Jun lalu beliau juga membuat kenyataan sama bagi mengulas situasi semasa politik negara.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS