Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
#TangkapNajib: 29 ditahan untuk disiasat
Diterbitkan:  Aug 1, 2015 8:00 PM
Dikemaskini: 12:10 PM

Semua 29 individu yang ditahan ekoran perhimpunan #TangkapNajib di Kuala Lumpur hari ini disiasat mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa berkata penunjuk perasaan juga mungkin disiasat mengikut Seksyen 143 kerana menyertai perhimpunan haram.

Seksyen 124 membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, manakala Seksyen 143 boleh memperuntukkan hukuman enam bulan penjara, denda atau kedua-duanya.

Penggunaan Seksyen 124 sangat jarang kerana polis biasanya menggunakan peruntukan Seksyen 143 dan Akta Perhimpunan Aman ke atas penunjuk perasaan.

Selain penunjuk perasaan, seksyen itu juga digunakan polis ketika menyiasat orang besar The Edge Media Group Tong Kooi Ong dan Ho Kay Tat, selain bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk S Ambiga Sreenevasan.

Dalam kenyataannya hari ini Tajudin berkata tangkapan dibuat di luar kompleks beli-belah Sogo dan Jalan Tuanku Abdul Razak.

"Dianggarkan kira-kira 200 orang terbabit dalam tunjuk perasaan itu," katanya.

Ketika polis membuat tangkapan, ada beratus-ratus orang di kawasan bekrneaan tetapi sukar untuk memastikan sama ada mereka adalah peserta perhimpunan #TangkapNajib atau orang awam yang membeli-belah.

Ada sehingga 200 anggota polis ditugaskan mengawal kawasan itu.

Lihat Komen
ADS