Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kerajaan akan menyokong sesiapa sahaja yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata ini kerana kerajaan tidak mahu dilihat memihak atau masuk campur dalam pelantikan pengerusi PAC mahupun semua anggota dalam jawatankuasa itu.

"Jika Tan Sri Annuar Musa dilantik maka kita berikan sokongan kepada pelantikan beliau dan beliau memang layak.

"Tetapi jika ada orang lain atau tokoh lain kita pun akan beri sokongan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kepong di sini Ahad.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan wartawan berhubung desas-desus mengatakan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) itu akan dilantik sebagai pengerusi PAC bagi menggantikan Datuk Nur Jazlan Mohamed yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri dalam rombakan Kabinet.

Kontrak Annuar sebagai pengeruai MARA berakhir 17 Julai lalu.

- Bernama

Lihat Komen
ADS