Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sekeping objek, mungkin pintu sebuah pesawat telah ditemui terdampar di Pulau Reunion, Lautan Hindi, menurut sumber Skynews , hari ini.

Menurut David Bowden dari Sky News, objek itu yang menyerupai pintu pesawat ditemui di lokasi berasingan dari tempat sekeping sayap ditemui lebih awal yang kini menjalani ujian di Perancis untuk menentukan sama ada ia berasal dari penerbangan MH370.

Pada Rabu, beberapa imej sebuah bangkai dipercayai sayap Boeing 777 di media sosial memberi harapan baharu dalam pencarian pesawat MH370 yang hilang.

Airlive.net, laman web mengenai berita dan informasi industri penerbangan menyiarkan gambar di tweeter satu bahagian pesawat dan memuat naik status "Kepingan kepak ditemui di La Reunion Island, mungkin sayap #MH370?".

Penerbangan MH370 lenyap dari imbasan radar pada kira-kira tengah malam 8 Mac tahun lepas ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Pada 29 Jan tahun ini, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia mengumumkan bahawa kehilangan pesawat itu adalah satu kemalangan berdasarkan peraturan penerbangan antarabangsa dan kesemua 239 orang di dalamnya dianggap terkorban.

- Bernama

Lihat Komen
ADS