Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Jika semalam Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak berkata tiga juta ahli Umno menyokong teguh kepimpinannya selepas rombakan Kabinet, tetapi tinjauan Malaysiakin i mendapati sebilangan ahli akar umbi masih menagih penjelasan dari beliau berhubung isu 1MDB.

Ahli Umno Lembah Pantai, Mimie Jariah Hanafi berkata penjelasan berkenaan ditagih kerana mereka sayangkan Najib dan ia juga akan memuaskan hati orang ramai yang bukan ahli parti.

"Rata-rata penyokong tegar dia dari akar umbi.

"Akar umbi sebenarnya sayang PM. (Tapi) orang kata PM jahat tapi kita tak tahu apa sebenarnya cerita di atas," katanya sewaktu ditemui  Malaysiakini .

“Sepatutnya PM perlu beritahu pada rakyat ke mana perginya dana RM2.6 bilion yang didakwa masuk dalam akuan peribadi beliau. Perjelaskan kepada rakyat ke mana perginya duit itu.

“Itu yang rakyat nak tahu,” kata Mohd Najib Ahmad, 51 tahun yang juga ahli Umno Lembah Pantai.

Bagaimanapun, Ketua Pemuda bahagian Lembah Pantai, Mohd Nazri Abd Rahman berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada perdana menteri sepertimana yang dinyatakan Najib sebelum ini dengan menunggu keputusan penuh PAC.

Sependapat dengan Mohd Nazri Abd Rahman ialah ahli Umno bahagian yang sama, Azahari K Jamad.

“Kita sebagai ahli Umno kita sepatutnya setia kepada pemimpin dan kami di peringkat bawahan serahkan kepada peringkat atasan untuk membuat penjelasan… kita (akar umbi) tak boleh buat penjelasan sebab kita pun tak tahu perjalanan 1MDB ini yang sebenarnya,” kata beliau.

 

Lihat Komen
ADS