Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pembangkang sedia dedah dana politik
Diterbitkan:  Aug 3, 2015 12:44 PM
Dikemaskini: 4:45 AM

Parti pembangkang sedia mendedahkan maklumat berkaitan dana politik sekiranya diminta.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata pembangkang sudah bersedia sejak awal bulan lalu dan sudah sedia untuk berbuat demikian kerana ia seiring dengan dasar parti, lapor Sinar Harian.

“Malahan setiap sumbangan yang diterima itu perlu di dedah secara terbuka dan dilaporkan secara telus,” Azmin dilaporkan sebagai berkata.

Sebelum ini, ada dakwaan yang mengatakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dimasukkan ke dalam akaun Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata peruntukan dalam perlembagaan Umno membenarkan presiden parti mempunyai akaun amanah bagi pihak parti.

Namun katanya, duit yang berada di dalam akaun amanah itu bukan datang daripada 1MDB sebagaimana yang cuba dikaitkan pihak pembangkang sebelum ini.

Sementara itu, Azmin berkata, pendedahan setiap dana yang diperoleh parti politik bukan sahaja melibatkan pembangkang, malah BN harus melakukan perkara yang sama bagi memastikan ketelusan dalam pembiayaan tersebut.

“Hal ini kita dapat lihat ia telah menjadi amalan di negara Jerman apabila setiap parti politik itu perlu dibiayai dengan akta dan peruntukan jelas.

“Pendedahan tersebut perlu dilakukan secara terbuka dan telus,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Lihat Komen
ADS