Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Reezal: Tiada penutupan maklumat siasatan 1MDB
Diterbitkan:  Aug 3, 2015 3:33 PM
Dikemaskini: 7:37 AM

Bekas anggota Jawatankuasa Kira-Kira Kewangan Negara (PAC) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku penutupan maklumat berhubung siasatan isu 1MDB.

Beliau berkata PAC ditubuhkan atas landasan keterbukaan dan ketelusan kerana ia bukan sahaja dianggotai wakil daripada anggota BN malah wakil parti pembangkang.

Katanya jawatankuasa itu terdiri daripada hampir 30 anggota termasuk wakil daripada Ketua Audit dan Kementerian Kewangan.

"Maklumat yang diterima oleh setiap anggota PAC adalah sama.

"Bila perkara dibentang, ia diketahui oleh semua anggota. Mana mungkin ada konspirasi, jika  30 orang mahu menutup atau membohong mengenai sesuatu kes termasuk isu 1MDB.

"Oleh itu saya memberi jaminan tidak ada ruang untuk penutupan isu sensitif seperti 1MDB," katanya kepada pemberita pada majlis doa selamat dan kesyukuran sempena pelantikan beliau sebagai timbalan menteri kuar di Kepala Batas malam tadi.

Tiga lagi anggota PAC ialah Datuk Nur Jazlan Mohamed yang dilantik sebagai timbalan menteri dalam negeri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin (timbalan menteri pelancongan dan kebudayaan) dan Datuk Wilfred Madius Tangau (menteri sains, teknologi dan inovasi).

Reezal Merican yang juga ahli Parlimen Kepala Batas berkata pelantikan beliau dan tiga lagi anggota PAC ke dalam Kabinet tidak akan mengganggu laporan siasatan 1MDB.

"Kebenaran akan muncul dan rakyat akan mengetahuinya," tambahnya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS