Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Draf kertas pertuduhan, SPRM lapor polis
Diterbitkan:  Aug 3, 2015 3:50 PM
Dikemaskini: 12:06 PM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan pihaknya membocorkan draf kertas pertuduhan seperti yang disiarkan portal Sarawak Report.

Laporan itu dibuat oleh seorang pegawai SPRM di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, di Putrajaya.

Dalam laporan itu, beliau menafikan kewujudan draf pertuduhan mengenai siasatan ke atas SRC International Sdn. Bhd., seperti disiarkan oleh Sarawak Report dalam artikel bertarikh 30 Julai lepas bertajuk "Arrest warrant for the Prime Minister: the real reason the Attorney General was fired" (Waran tangkap ke atas Perdana Menteri: alasan sebenar pemecatan Peguam Negara).

Pegawai itu turut menafikan berlakunya kebocoran maklumat atau hasil siasatan SPRM kepada pihak luar.

Beliau juga menegaskan tiada sesiapa dari SPRM yang terbabit atau berniat dalam mana-mana konspirasi yang menjatuhkan kerajaan.

Pada 31 Julai lepas, SPRM berkata dakwaan kononnya wujud draf kertas pertuduhan terhadap perdana menteri adalah tidak berasas kerana siasatan ke atas SRC International masih berjalan dan hasil siasatan belum dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara.

- Bernama

Lihat Komen
ADS