Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SYABAS: Tiada lagi bayar bil automatik di 5 bank
Diterbitkan:  Aug 3, 2015 4:31 PM
Dikemaskini: 8:43 AM

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) tidak akan menerima bayaran bil air secara khidmat bayaran bil automatik melalui kad kredit lima ejen perbankannya, mulai 1 September ini.

Lima ejen perbankan itu ialah CIMB Bank Berhad, UOB Bank, Citibank, Maybank Berhad dan RHB Bank Berhad, kata Pengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporat SYABAS, Priscilla Alfred dalam kenyataan hari ini. 

Beliau, bagaimanapun berkata pengguna masih boleh membuat bayaran bil air secara tunai atau cek di pelbagai saluran lain. 

Ia termasuk di Pusat-Pusat Perkhidmatan Kaunter Setempat SYABAS (OSCS) bagi daerah Petaling, Kuala Lumpur, Gombak, Klang, Hulu Langat, Hulu Selangor, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Sepang. 

Waktu operasi kesemua OSCS itu adalah dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang setiap Isnin hingga Jumaat.

Selain itu, Priscilla berkata pembayaran juga boleh dibuat kepada agensi kutipan rasmi seperti HSBC Bank Malaysia Berhad, Public Bank Berhad, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, POS Malaysia Berhad, Mobile Money dan Paylink Global.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan pengguna agar membuat pembayaran bil mengikut tempoh waktu ditetapkan bagi mengelak pemotongan bekalan air.

- Bernama

Lihat Komen
ADS