Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM: Siasat rasuah, bukan nak jatuhkan k'jaan
Diterbitkan:  Aug 3, 2015 5:57 PM
Dikemaskini: 10:02 AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali lagi menegaskan siasatan rasuah yang dijalankannya semata-mata bagi menjalankan tugas dan fungsi sebagai sebuah suruhanjaya bebas.

Ia, kata badan itu, bukan untuk menjatuhkan mana-mana pihak termasuk kerajaan.

“Sebagai suruhanjaya yang bebas, SPRM bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional tanpa fear or favour (rasa takut dan memihak) dan tanpa mengira siapa yang terlibat.

“SPRM tidak akan membiarkan mana-mana pihak untuk mempengaruhi atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan,” kata SPRM.

SPRM juga menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dalam kes disiasat mereka sehingga siasatan mengenai perkara itu selesai.

Suruhanjaya itu kini sedang menyiasat kemasukan dana ke akaun Najib dan  SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

Sementara itu, mengenai siasatan polis terhadap pegawai-pegawainya, SPRM berjanji akan memberi kerjasama penuh, selain mengulangi bahawa tiada yang terlibat dalam konspirasi menjatuhkan kerajaan.

Polis hari ini menyoal siasat Pengarah SPRM (Operasi khas) Bahri Mohamad Zin di pejabatnya di Putrajaya, dipercayai berkaitan dakwaan kebocoran maklumat siasatan 1MDB.

Sebelum ini, polis menahan tiga orang berhubung dengan kes tersebut, termasuk bekas penasihat SPRM Tan Sri Rashpal Singh, pegawai Jabatan Peguam Negara Jessica Gurmeet Kaur dan Timbalan Pendakwa Raya (SPRM) Ahmad Sazilee Abdul Khairy.

Lihat Komen
ADS