Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jamidan timbalan ketua pesuruhjaya SPRM
Diterbitkan:  Aug 3, 2015 6:21 PM
Dikemaskini: 10:28 AM

Datuk Mohamad Jamidan Abdullah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru, berkuatkuasa 1 Ogos.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa Mohamad Jamidan, 57, menggantikan Datuk Seri Zakaria Jaffar, 58, yang akan bersara secara rasmi pada 12 Oktober depan.

Mohamad Jamidan yang sebelum ini pengarah siasatan SPRM, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 32 tahun.

Manakala jawatan itu akan disandang oleh Datuk Mohd Azam Baki, 52, yang sebelum ini merupakan pengarah perisikan SPRM, juga berkuatkuasa pada 1 Ogos.

"SPRM mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Zakaria atas sumbangan beliau sepanjang perkhidmatannya selama lebih tiga dekad," kata SPRM.

- Bernama

Lihat Komen
ADS