Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Cadangan forum Akta Keharmonian Nasional
Diterbitkan:  Aug 4, 2015 7:20 AM
Dikemaskini: 11:26 PM

Jawatankuasa Pembaharuan Undang-undang Malaysia (JPUUM) bercadang mengadakan forum awam "Formulating Harmony Bill: What Should Be In?" di seluruh negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Nancy Shukri.

Beliau berkata ia bagi mengumpul lebih banyak pandangan dari pelbagai lapisan masyarakat berkaitan Rang Undang-undang (RUU) Keharmonian Nasional.

Katanya forum pertama yang diadakan di Kuching, Sarawak pada Mei lepas berjaya menarik penyertaan lebih 500 individu yang terdiri daripada kumpulan pemimpin agama, pensyarah, mahasiswa dan pelajar sekolah.

"Respon yang diberikan oleh mereka sangat menggalakkan dan kita boleh lihat masyarakat amat dahagakan pengetahuan dan pertemuan seperti itu.

"Selain RUU Keharmonian Nasional, perkara lain juga turut dibincangkan seperti Perlembagaan Persekutuan dan kepentingan hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat," katanya kepada pemberita di majlis sambutan Aidilfitri Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) JPM di Putrajaya semalam.

- Bernama

Lihat Komen
ADS