Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anggota PAC pertimbang dedah siasatan 1MDB
Diterbitkan:  Aug 4, 2015 12:00 PM
Dikemaskini: 4:32 AM

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mempertimbangkan untuk mendedahkan dapatan siasatannya berkaitan 1MDB setakat ini kepada umum.

Naib pengerusinya Tan Seng Giaw memberitahu pemberita, antara perkara dipertimbangkan sama ada ia ia boleh dilakukan daripada aspek undang-undang dan bahagian mana yang boleh diumumkan.

“Media sosial ada pelbagai versi tentang kisah 1MDB. Orang awam mahukan kebenaran.

“Oleh itu kami tampil hari ini, untuk beritahu mereka bahawa kami sedia teruskan kerja.

"Kami mungkin biarkan orang ramai tahu apa hasil inkuiri kami setakat ini,” katanya.

Tan berkata demikian dalam sidang media di bangunan parlimen di ibu negara hari ini.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS