Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Gerakan Anak Muda Harapan Baru memberi tempoh tujuh hari kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendedahkan identiti penyumbang dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

 

Penyelarasnya, Mohd Sany Hamzan berkata pendedahan tersebut perlu dibuat kerana mendakwa pihaknya mendapati wujud kepentingan peribadi antara penderma dengan Datuk Seri Najib.

 

"Kami berpendapat orang yang memberikan sumbangan itu mempunyai kepentingan tertentu daripada perdana menteri dan tentu perdana menteri juga mempunyai kepentingan kepada mereka yang menyumbangkan RM2.6 bilion ini,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya hari ini.

Sebelum itu mereka membuat laporan rasmi di agensi penguat kuasa antirasuah itu.

 

Menurut Mohd Sany, jika SPRM gagal berbuat demikian atau pihak terbabit sendiri gagal tampil, mereka akan merujuk perkara itu kepada Yang di-Petuan Agong.

"Kami akan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja bagi menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi menyiasat skandal kewangan terbesar ini," katanya.

 

[Laporan penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS