Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Aktivis Adam Adli, Shukri, Mandeep dibebaskan
Diterbitkan:  Aug 4, 2015 5:33 PM
Dikemaskini: 9:39 AM

Aktivis Adam Adli Abdul Halim, Shukri Abdul Razab dan Mandeep Singh telah dibebaskan daripada tahanan polis.

Adam Adli dan Shukri dibebaskan selepas Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur Kamardin Hashim mengurangkan tahanan reman ke atas mereka, daripada enam hari kepada empat hari, dan mengarahkan mereka dibebaskan segera.

Ketika membaca penghakimannya, Kamardin berkata  mahkamah mendapati sebab-sebab yang dikemukakan oleh pegawai penyiasat tidak mewajarkan tempoh reman yang panjang.

Ketiga-tiga mereka ditangkap pada hari Jumaat berkaitan satu sidang akhbar di mana Adam Adli mengumumkan mengenai perhimpunan #TangkapNajib Sabtu lepas.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS