Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
10 persatuan pelajar bantah gugur Muhyiddin
Diterbitkan:  Aug 5, 2015 1:51 PM
Dikemaskini: 7:27 AM

Sepuluh persatuan mahasiswa hari ini tampil menyatakan kegusaran terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berdepan pelbagai dakwaan skandal.

Mereka juga menyatakan perasaan tidak senang dengan pengguguran Tan Sri Muhyddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri, setelah lantang membangkitkan kontroversi sekitar isu 1MDB.

“Pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kabinet walaupun sah di sisi undang-undang namun tindakan Datuk Seri Najib tersebut bersifat tidak bermoral lagi, tidak berasas dan dilihat bersifat 'politically driven'.

“Perkara ini secara langsung membunuh kualiti 'keterbukaan kerajaan' dalam menerima kritikan,” kata mereka dalam kenyataan bersama presiden-presiden mereka hari ini.

Antara terlibat dalam kenyataan itu termasuk persatuan mahasiswa Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaysia Sarawak.

Lihat Komen
ADS