Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis: Tujuan kita sama, cari kebenaran
Diterbitkan:  Aug 6, 2015 6:50 PM
Dikemaskini: 10:53 AM

Polis hari ini menafikan mengganggu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan menyerbu pejabat dan menyoal siasat anggotanya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mereka hanya menjalankan tugas berhubung siasatan kebocoran maklumat rasmi kerajaan dan perbankan.

“Umum harus faham bahawa setiap agensi kerajaan mempunyai tugas dan tanggungjawab tersendiri dalam menjalankan sesuatu siasatan, namun ia tetap selari dengan tujuan asal iaitu untuk mencari kebenaran.

“Atas dasar ini, PDRM tidak sesekali mengganggu siasatan atau mencampuri tugas dan tanggungjawab SPRM, atau bertindak dalam apa jua cara yang boleh menjejaskan hubungan kerja antara agensi-agensi terbabit,” katanya.

Beliau juga menolak dakwaan bertindak atas tekanan atau arahan daripada mana-mana pihak berhubung perkara itu.

Lihat Komen
ADS