Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pembantu perjelas foto Rosmah dahului Najib
Diterbitkan:  Aug 11, 2015 10:00 AM
Dikemaskini: 3:53 AM

Datuk Rizal Mansor, pembantu kepada isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, menjelaskan mengenai gambar yang menunjukkan Rosmah berjalan 'mendahului' suaminya Datuk Seri Najib Abdul Razak semasa sambutan Hari Kebangsaan Singapura Ahad lepas.

Gambar itu, yang menjadi viral, telah digunakan untuk mendakwa ia sebagai contoh Rosmah "bossing" suaminya kerana dia dilihat berjalan mendahului Najib.

Rizal berkata terdapat banyak lagi benda lain yang lebih penting, tetapi beliau terpaksa menjelaskannya sebab ramai telah memainkan perkara tersebut.

Rizal menjelaskan bahawa Rosmah terpaksa berjalan di hadapan kerana beliau sepatutnya duduk di sebelah dalam.

"Datin Seri Rosmah jalan di depan Datuk Seri Najib... cuba tengok susunan tempat duduk... macam pergi tengok wayang, siapa yang duduk sebelah dalam masuk dulu.

"Tempat duduk dan kedudukan masuk semuanya ditentukan oleh protokol Singapura. Kita ni tetamu ikut je lah...," tulis Rizal di laman Facebook.

Rizal juga menjelaskan mengenai satu lagi gambar yang diambil dari sudut yang kelihatan seperti Rosmah satu-satunya isteri ketua kerajaan yang hadir di majlis sambutan tersebut.

Isteri pemimpin lain juga hadir...

Rizal menyiarkan gambar untuk menunjukkan terdapat juga ketua negara atau kerajaan yang lain, turut diiringi oleh isteri-isteri masing-masing.

"Datin Sri Rosmah satu-satunya isteri ketua negara yang hadir?

"... tengoklah sendiri gambar Utusan Malaysia hari ni.. Isteri Naib Presiden Indonesia ada, Vietnam dan New Zealand pun bawak.. daripada 8 Ketua Negara/Wakil yang hadir, 4 bawak pasangan masing-masing.. pastu Isteri PM Singapura pun ade...," tulis Rizal.

[Baca berita penuh/asal]

 
 

 
 

Lihat Komen
ADS