Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MCA: Kami tak simpan duit parti dalam akaun peribadi
Diterbitkan:  Aug 12, 2015 9:16 AM
Dikemaskini: 1:32 AM

Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, tidak pernah menjadi amalan di mana dana politik didepositkan ke dalam akaun bank peribadi presiden parti itu dan memegangnya bagi pihak parti.

Ong berkata ini adalah untuk menggariskan antara kepentingan parti dan individu, dan untuk menghalang wang itu digunakan untuk kepentingan peribadi.

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri II itu berkata MCA tidak akan dapat berbuat apa-apa jika dana untuk parti itu dipakai untuk kegunaan peribadi dan kemudian orang itu menafikan mempunyai dana tersebut.

Ong mengulas kenyataan Setiausaha Agung Umno Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar), yang mempertahankan kontroversi RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan menegaskan bahawa ia "adalah amalan biasa".

Ong dipetik oleh akhbar Oriental Daily sebagai berkata: "Jika wang masuk ke akaun peribadi, maka ia adalah di luar kawalan kita. Jika pemegang akaun itu menafikannya, apa yang anda boleh lakukan?"

Beliau berkata sejak penubuhan MCA, ia telah menjadi amalan untuk menyalurkan dana untuk parti itu ke dalam akaun parti.

Katanya, adalah sukar untuk mengesan sumber pembiayaan jika ia dipegang oleh pemimpin.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS