Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis siasat kumpulan baju merah anti-BERSIH
Diterbitkan:  Aug 27, 2015 10:36 AM
Dikemaskini: 2:45 AM

Polis telah membuka kertas siasatan terhadap kumpulan baju merah anti-BERSIH.

Menurut jurucakap ibu pejabat polis Dang Wangi, kumpulan itu akan disiasat di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman berhubung perhimpunan mereka di Sogo pada hari Selasa.

"Pada hari ini polis akan panggil penganjur dan peserta untuk rakam percakapan jam 3 petang di IPD Dang Wangi," jurucakap itu memberitahu media di WhatsApp.

Diketuai oleh ketua Umno Sungai Besar, Jamal Md Yunos, kumpulan itu telah berkumpul di luar Sogo untuk membantah perhimpunan BERSIH 4 hujung minggu ini.

Perhimpunan pada hari Selasa itu, mendapat perhatian selepas video menunjukkan peserta memaparkan pelbagai aksi lasak termasuk memukul kepala dengan kayu sehingga patah selain aksi memecahkan atap genting dengan kepala.

Jamal juga dilaporkan berkata kumpulan baju merah akan berlatih dengan menggunakan parang untuk mempertahankan dirinya dalam perhimpunan tersebut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata pihak polis tidak akan bertolak anasur dengan ugutan jenayah.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS