Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ahli Umno, komponen BN diseru sertai BERSIH 4
Diterbitkan:  Aug 27, 2015 12:30 PM
Dikemaskini: 4:34 AM

Semua tiga juga anggota Umno dan juga ahli komponan parti BN sepatutnya menyertai perhimpunan Bersih sebagai menyatakan semangat patriotisme.

"Mereka sepatutnya mengambi bahagian dalam perhimpunan itu sebagai menyatakan semangat patriotisme, dan komitmen untuk kebebasan, keadilan dan perpaduan nasional.

"Dan yang paling penting, ia sebagai mengajak semua rakyat Malaysia untuk 'menyelamatkan Malaysia' daripada krisis berganda dalam politik, ekonomi, tatakelola kerajaan dan pembangunan negara," kata tokoh parlimen DAP Lim Kit Siang dalam ceramah BERSIH di Klang malam tadi.

MP Gelang Patah itu berkata seruan beliau itu dibuat dalam semangat mengetepikan perbezaan politik bagi meraikan hari kemerdekaan.

Ia susulan seruan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak kepada rakyat Malaysia untuk mengetepikan perbezaaan politik dan merayakan Merdeka.

Salleh dalam blongnya semalam berkata situasi sekarang memberi gambaran bahawa akan terdapat dua sambutan Merdeka; satu bagi mereka yang menyokong kerajaan dan satu lagi yang menentang.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS