Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Kami bukan nak berparang dengan BERSIH'
Diterbitkan:  Aug 27, 2015 1:21 PM
Dikemaskini: 9:54 AM

Kumpulan Baju Merah anti-BERSIH hari ini menjelaskan kenyataan mereka, berkaitan latihan menggunakan parang, telah disalah faham.

“(Ia) latihan biasa.

"Bukannya kita nak berhadapan dengan Bersih dengan parang,” kata pemimpinnya Jamal Md Yunos kepada Malaysiakini .

Dalam perhimpunan Selasa lalu di Kuala Lumpur, kumpulan itu memaparkan pelbagai aksi lasak termasuk memukul kepala dan badan dengan kayu sehingga patah selain aksi memecahkan atap genting dengan kepala.

Jamal juga dilaporkan berkata mereka akan berlatih dengan menggunakan parang untuk mempertahankan diri.

Polis menyiasat kumpulan itu bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman.

Mesti ada begitu

Mengulas lanjut mengenai aksi ganas itu, Jamal berkata, ia hanyalah latihan biasa untuk mempelajari seni silat mempertahankan diri.

“Demonstrasi kami di hadapan Sogo adalah latihan biasa dalam mempelajari seni silat untuk pertahankan diri

“Setakat kayu, batu tu, memang orang sedia maklum kalau mempelajari silat, mesti ada aksi aksi begitu.

Jamal berkata penggunaan parang hanyalah sebahagian daripada latihan mempertahankan diri.

“Kebiasaannya kalau latihan mempertahankan diri, bukan setakat kayu, kita libatkan parang, pedang,” katanya

Walaupun Jamal berkeras parang itu hanya digunakan untuk latihan, beliau dan kumpulannya tetap akan turun ke perhimpunan BERSIH hujung minggu ini sekiranya peserta perhimpunan selama 34 jam itu tidak mematuhi undang-undang.

“Kalau mereka tak ikut arahan polis dan sebagainya, kami akan kumpul 30,000 orang di Low Yat dan sekitar Bukit Bintang dan akan berarak dari sana,” katanya.

Lihat Komen
ADS