Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis Kuching benarkan demo BERSIH, tertakluk syarat
Diterbitkan:  Aug 27, 2015 7:00 PM
Dikemaskini: 11:24 AM

Polis Kuching membenarkan perhimpunan BERSIH 4 diadakan di padang Song Kheng Hai pada hari Sabtu dan Ahad ini, namun mengingatkan penganjur supaya mematuhi syarat-syarat ditetapkan, antaranya tiada perarakan dibenarkan.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad berkata polis telah menerima salinan surat daripada Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) yang dialamat kepada penganjur, Nicholas anak Anson, yang memberi kebenaran perhimpunan diadakan di kawasan berkenaan.

"Ekoran kelulusan itu polis tidak akan mendirikan sebarang halangan, sekaligus membenarkan perhimpunan, tertakluk kepada beberapa syarat," katanya menerusi khidmat WhatsApp kepada media di Kuching hari ini.

Beliau berkata antara senarai syarat yang diserahkan kepada penganjur pada 20 Ogos lepas ialah ia mesti perhimpunan statik yakni tiada perarakan, dan kanak-kanak tidak dibenarkan menyertai perhimpunan.

Katanya penganjur juga dinasihat mengawal perilaku peserta supaya tidak melanggar peraturan dan undang-undang, di samping mematuhi arahan polis bagi menjamin kelancaran perhimpunan dan memastikan tidak berlaku sebarang perkara yang boleh mengugat keselamatan awam dan negara.

Roslan turut menasihatkan peserta supaya meletak kenderaan di tempat-tempat yang dikhaskan, dan memastikan mereka tidak menghalang lalu lintas sepanjang perhimpunan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS