Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tarikh p'raya Sarawak dah ada tapi masih rahsia
Diterbitkan:  Aug 28, 2015 12:19 PM
Dikemaskini: 4:28 AM

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata beliau sudah memilih tarikh sesuai untuk mengadakan pilihan raya negeri ke-11 (PRN11).

"Tarikh PRN11 sudah saya pilih dan tetapkan, cuma belum tiba masa sesuai untuk ia diberitahu kepada anda (media)," katanya seperti dilaporkan BH Online .

Portal itu juga melaporkan Adenan sebagai berkata sudah semestinya pilihan raya Sarawak akan diadakan sebelum tamat tempoh penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Jun tahun depan.

Beliau yang juga pengerusi BN Sarawak ditemui pemberita selepas melancarkan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang anjuran Jabatan Ketua Menteri di Wisma Bapa Malaysia, di Petra Jaya sebentar tadi.

Mengulas berkaitan calon BN, Adenan berkata hampir semuanya sudah dimuktamadkan.

"Cuma ada beberapa orang sahaja lagi sedang kita teliti," beliau dipetik sebagai berkata.

Adenan juga berkata jentera pilihan raya BN Sarawak sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan pilihan raya jika diadakan lebih awal.

Lihat Komen
ADS