Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Jihad' IS boleh bawa pada kekufuran
Diterbitkan:  Aug 28, 2015 2:24 PM
Dikemaskini: 6:30 AM

Seruan jihad dan mati syahid yang dipegang oleh kumpulan bersenjata Negara Islam (IS) bercanggah dengan ajaran agama dan boleh membawa kepada kekufuran.

Perkara itu ditegaskan dalam khutbah Jumaat Wilayah Persekutuan kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini.

“Seruan jihad dan mati syahid yang dipegang oleh mereka adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada kekufuran kerana menghalalkan darah sesama umat Islam,” menurut mimbar.

Khutbah membuat kesimpulan, kecenderungan dan keghairahan umat Islam untuk berjihad atas nama IS berpunca daripada kekeliruan memahami konsep sebenar menurut syarak.

Mimbar membangkitkan kebimbangannya terhadap konflik di Iraq dan Syria itu yang memikat penyertaan umat Islam di seluruh dunia kerana slogan sistem khalifah yang dilaung-laungkannya.

“Satu laporan menyebut lebih kurang 30,000 sukarelawan dari seluruh dunia telah menyertai kumpulan militan Islamic State (IS) serta beberapa kumpulan militan di Syria.

“Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) juga menyatakan sekurang-kurangnya 15,000 militan dari negara asing menyertai pertempuran di Syria,” menurut khutbah lagi.

Lihat Komen
ADS