Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pengerusi jawatankuasa protem Gerakan Harapan Baru (GHB) Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof berkata masalah untuk memilih nama bagi kenderaan kumpulan politik timbul disebabkan kekangan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Mujahid mengakui wujud beberapa perdebatan antara pemimpin GHB untuk memasukkan perkataan 'Islam' daripada parti, walaupun kebanyakan mereka selesa dengan 'Amanah'.

"Ada beberapa perdebatan mengenainya tetap masalah berkaitan pemilihan nama melibatkan dengan ROS lebih banyak daripada debat yang kami ada," kataya ketika ditemui Malaysiakini di Georgetown hari ini.

Beliau berkata parti baru tetap akan dilancarkan seperti yang dijadualkan pada 31 Ogos ini.

Bagaimanapun, beliau enggan untuk mendedahkan nama parti baru itu walaupun 'Amanah' telah dilaporkam dalam media.

"Jika kami mendedahkan nama itu sekarang, tak ada lah elemen kejutan pada 31 Ogos sewaktu pelancaran," katanya.

Ditanya bagaimana boleh GHB dilancarkan tanpa nama, Mujahd yang juga MP Parit Buntar berkta nama parti telahpun dipilih.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS