Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Kurang cerdik MCA benar ahli serta BERSIH 4'
Diterbitkan:  Aug 28, 2015 5:31 PM
Dikemaskini: 9:33 AM

Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon sepatutnya menyertai pembangkang jika beliau mahu menyokong demonstras BERSIH, kata seorang pemimpin Pemuda Umno.

Ketua Pemuda Umno dan BN Wilayah Persekutuan Razlan Rafii berkata "tindakan kurang cerdik" bagi Chong menyatakan tiada masalah bagi anggota MCA untuk menyertai perhimpunan BERSIH 4.

"Ini tindakan kurang cerdik. MCA (berada) dalam komponen BN. Sebagai ketua Pemuda MCA patut berfikiran lebih matang dan rasional.

"Pandangan ketua pemuda MCA (ini), dia cakap sebagai pembangkang. Kalau dia tak mampu mengetuai Pemuda MCA, pergi sertai pembangkang (BERSIH)," katanya.

Dilaporkan Chong berkata tiada tindakan akan diambil terhadap anggota partinya sekalipun jika mereka mahu menyertai perhimpunan BERSIH 4 yang menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib letak jawatan.

Chong, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata mahasiswa bebas untuk menyertai protes kerana sekatan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 telah dimansuhkan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS