Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SKMM sekat empat web promosi BERSIH 4
Diterbitkan:  Aug 28, 2015 7:30 PM
Dikemaskini: 11:33 AM

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat empat laman sesawang yang menyebar maklumat program perhimpunan haram Bersih 4, setakat 6 petang ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak berkata empat laman sesawang berkenaan ialah http://bersih.org, http://globalbersih.org, http://www.bersih.org dan http://www.globalbersih.org.

"Setakat ini saya dimaklumkan bahawa empat laman sesawang telah disekat," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di Kuala Lumpur, hari ini.

SKMM dalam kenyataan semalam menegaskan akan menyekat mana-mana laman sesawang dan portal berita yang mempromosi, menyebarkan maklumat dan menggalakkan orang ramai menyertai perhimpunan haram itu kerana menyifatkan perbuatan itu boleh mengganggu-gugat kestabilan negara.

Menurut Salleh, SKMM kini sedang memantau portal-portal berita bagi memastikan tiada kesalahan sama.

"Setakat ini belum ada portal berita yang mempromosikan perhimpunan haram ini...cuma melaporkan saja, jadi belum ada pelanggaran undang-undang lagi...tiada sebab pengendali berita portal risau," katanya.

Cubaan Bernama untuk mengakses keempat-empat laman sesawang itu setakat 6 petang tadi menyatakan 'kesalahan server' (server error), dengan maklumat bahawa sumber yang dicari mungkin telah dikeluarkan, mempunyai namanya ditukar, atau tergendala buat sementara waktu.

-Bernama

Lihat Komen
ADS