Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Penjawat awam tak dibenarkan sertai BERSIH 4'
Diterbitkan:  Aug 28, 2015 8:52 PM
Dikemaskini: 12:54 PM

Penjawat awam tidak dibenarkan menyertai perhimpunan Bersih 4 kerana mereka terikat dengan Perintah Am, kata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem.

Pejabat Ketua Menteri dalam kenyataan di Kuching, hari ini menyatakan arahan itu merupakan penjelasan kepada pelbagai artikel yang disiarkan dalam beberapa portal berita dalam talian mengenai perhimpunan Bersih di Kuching.

"Apa yang beliau (Adenan) maksudkan sebenarnya ialah masyarakat sivil mempunyai hak untuk berhimpun tertakluk kepada undang-undang," kata kenyataan itu.

Awal pagi ini, Adenan ketika ditanya mengenai perhimpunan itu berkata Kerajaan Negeri Sarawak membenarkan perhimpunan 4 Bersih diadakan di padang Song Kheng Hai esok.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan peserta perhimpunan supaya mendukung cara Sarawak melakukan sesuatu perkara iaitu dengan melakukannya secara aman dan lancar.

-Bernama

Lihat Komen
ADS