Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jerebu: Ketampakan rendah hingga esok
Diterbitkan:  Aug 29, 2015 9:15 AM
Dikemaskini: 1:16 AM

Ketampakan rendah kurang daripada lima kilometer di sekitar perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, dan barat Johor dijangka berterusan sehingga esok (30 Ogos).

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini hari ini menyatakan keadaan sama turut berlaku di Selat Melaka dan Sarawak (Kuching serta Rejang) dan keadaan itu berbahaya kepada kapal yang tidak mempunyai navigasi pelayaran.

Selain itu, ribut petir di perairan Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak (Bintulu dan Miri), Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) dijangka berterusan sehingga lewat pagi, hari ini.

Menurut kenyataan itu, keadaan tersebut boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak berketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki).

Selain itu, kawasan perairan Selat Melaka Selatan, Bunguran, Reef South dan Labuan akan turut mengalami ribut petir berkeadaan yang sama sehingga lewat pagi ini dan keadaan tersebut berbahaya kepada bot-bot kecil.

- Bernama

Lihat Komen
ADS