Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Jangan jadikan istana kambing hitam alih isu rakyat'
Diterbitkan:  Aug 29, 2015 9:41 AM
Dikemaskini: 1:45 AM

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan supaya istana Johor tidak dijadikan kambing hitam untuk mengalihkan perhatian daripada isu-isu yang menekan rakyat.

Katanya, lebih baik masa dan tenaga tersebut dimanfaatkan untuk menangani permasalahan negara daripada bertelagah sesama sendiri.

“Janganlah kami dijadikan kambing hitam sedangkan keadaan semasa terus melarat,” katanya.

KEUTAMAAN ADALAH KEPADA RAKYATBaru-baru ini, ada yang telah memaklumkan kepada saya bahawa ada pihak tertentu yang...

Posted by JOHOR Southern Tigers on Friday, 28 August 2015

Menulis dalam Facebook,TMJ berkata beliau mendapat maklumat bahawa ada pihak tertentu yang diarahkan untuk "menyerang" beliau dan ayahandanya yang juga Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar.

Serangan itu dibuat, katanya, berikutan sifat mereka yang lantang dalam pelbagai isu.

“Persoalannya sekarang, adakah saya dan ayahanda saya bersuara untuk kebaikan negeri dan negara, atau untuk mendatangkan kemudaratan kepada negara?

“Kami hanya memperjuangkan kesejahteraan rakyat, selain menasihati para pemimpin negara supaya menjalankan tugas dengan telus dan berintegriti demi rakyat,” katanya.

Beliau justeru berkata amat sedih melihat sesetengah pihak yang hanya memikirkan kedudukan, kuasa dan kepentingan peribadi, apabila melihat beliau dan sultan Johor “seolah-olah mencabar kerajaan”.

“Jikalau nasihat dan pandangan ayahanda saya sebagai sultan, dan saya sebagai Tunku Mahkota, hendak disekat serta dipertikaikan, apalah pula harapan rakyat?” soalnya lagi.

Sultan Johor semalam telah memberikan amaran keras kepada dua pemimpin Umno susulan kenyataan negatif mereka kepada istana sebelum ini.

Lihat Komen
ADS