Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rumah pengurus dilempar bom tangan
Diterbitkan:  Aug 31, 2015 8:10 AM
Dikemaskini: 1:15 AM

Seorang pengurus kilang kayu di Taman Rimba Jaya, Mentakab terkejut apabila rumahnya dilempar sebutir bom tangan oleh individu tidak dikenali pagi semalam.

Semasa kejadian kira-kira jam 8.10 pagi itu, difahamkan empat orang berada di kediaman dua tingkat yang baru dihuni kira-kira sebulan lepas.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah negeri, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah berkata tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

"Siasatan awal mendapati terdapat kesan cermin pecah pada pintu kaca bilik utama dan polis turut menemui pin bom tangan yang digunakan di luar pintu pagar rumah terbabit.

"Polis telah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dalam kawasan rumah berkenaan dan mengesan sebuah kereta jenis Honda EG yang dipercayai dinaiki suspek kejadian itu," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata polis sedang menunggu unit bom dari Cheras untuk membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan.

Menurut Raja Shahrom, polis masih menyiasat motif kejadian itu dan beliau turut meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut supaya menyalurkannya maklumat kepada polis.

- Bernama

Lihat Komen
ADS