Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kira-kira 100 anak muda yang ditahan di persembahan hiburan alternatif Rumah Api di Ampang pada Jumaat malam, hari ini dibebaskan daripada ibu pejabat polis Ampang dengan jaminan polis.

Ia tidak termasuk dua individu, seorang warga Indonesia dan Filipina yang masih ditahan kerana kesukaran memberikan dokumen pengenalan diri mereka kepada pihak polis.

Salah seorang peguam mereka, Farez Jinnah, berkata pihaknya ketika ini masih menghubungi kedutaan untuk membantu kedua-dua individu berkenaan.

"Kedutaan Filipina sedang menghantar seseorang ketika ini, tetapi kami berdepan kesukaran menghubungi Kedutaan Indonesia," katanya kepada Malaysiakini.

Setakat ini, tiada pendakwaan dikenakan terhadap meraka yang ditahan, katanya.

"Tiada tanda yang menunjukkan sama ada mereka akan didakwa dengan sebarang kesalahan," katanya.

Semua yang ditahan bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan, Seksyen (4)(1)(b) Akta Hasutan dan Seksyen 6 Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan (Selangor).

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS