Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
11 ditahan pakai baju, sertai BERSIH di Sg Petani
Diterbitkan:  Aug 31, 2015 2:16 PM
Dikemaskini: 6:19 AM

Polis menahan 11 individu memakai baju Bersih 4 pada perhimpunan haram itu di Dataran Zero Kilometer, di Sungai Petani malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Md Zukir Md Isa berkata, kesemua individu yang ditahan itu terdiri daripada 10 lelaki dan seorang wanita, masing-masing berusia lingkungan 17 hingga 48 tahun.

"Mereka ditahan di sekitar kawasan dataran, enam daripada mereka ditahan pada pukul 9.15 malam manakala selebihnya ditahan pada pukul 9.30 malam," katanya kepada Bernama hari ini.

Katanya, kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 8(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan telah dibawa ke balai sebelum dilepaskan dengan jaminan polis.

Menurutnya polis akan menyerahkan kertas siasatan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.

-Bernama

Lihat Komen
ADS