Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Baju merah' di Dataran adalah daripada Umno
Diterbitkan:  Aug 31, 2015 7:10 PM
Dikemaskini: 2:21 PM

Sekumpulan pemuda yang memakai baju T merah yang muncul hampir tengah malam tadi di Dataran Merdeka adalah Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, kata ketuanya Mohd Razlan Rafii.

Dalam satu kenyataan di Facebook nya, Mohd Razlan berkata kumpulan itu tidak ada kena mengena dengan kumpulan baju merah yang diketuai Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Yunos.

Jamal sebelum ini berikrar untuk mengadakan perhimpunan bersama 30,000 orang untuk berdepan dengan BERSIH 4 yang berlangsung hujung minggu lalu.

Bagaimanapun, Jamal membatalkan hasrat mereka selepas diarah oleh pihak polis.

Mohd Razlan berkata tujuan kumpulannya untuk menyamnut hari kemerdekaan di Dataran Merdeka, tetapi mereka tidak dibenarkan masuk oleh pihak polis.

"Pada ambang merdeka tanggal 12 malam setiap tahun, di Dataran Merdeka, tidak pernah lagu Negaraku tidak berkumandang.

"Semalam merupakan detik hitam bagi negara apabila Dataran Merdeka menjadi dataran yang tidak merdeka kerana tiada lagu Negaraku dinyanyikan," katanya.

Mohd Razlan berkata polis ahirnya membenarkan beliau masuk dan tercapai Pemuda Wilayah Persekutuan untuk menyanyikan lagu Negaraku di Dataran Merdeka.

"Tidak ada ibu dan ayah menemani anak-anak ke Dataran (Merdeka) memyambut ambang merdeka. Ternyata BERSIH sudah merobek kemerdekaan yang selama ini kita raikan.

"Negara kita sudah tidak merdeka. Selagi ada anasir yang mahukan perkara sebegini ditarik daripada rakyat Malaysia, kemerdekaan yang sebenar sudah tidak wujud lagi," katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS