Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendakwa anggota pergerakan itu kecewa dan sedih dengan kehadiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perhimpunan BERSIH 4.

Shahrizat mendakwa, majoriti rakyat Malaysia tidak terpengaruh dengan Mahathir dan masih menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“(Wanita Umno) minta saya keluarkan kenyataan yang amat sedih dan kecewa dengan kehadiran Tun Mahathir di perhimpunan haram yang dinamakan BERSIH.

“Dari maklum balas yang kami dapat bahawa sebenarnya majoriti rakyat Malaysia masih menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib selaku PM, kami bawa suara akar umbi dan terus menyokong Datuk Seri Najib.

“(Kami) menyatakan dengan jelas dengan nyata kami wanita BN kesemuanya sebulat suara menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia dan pengerusi BN,” kata Shahrizat.

Shahrizat mengulas mengenai tindakan Mahathir yang muncul sebanyak dua kali di perhimpunan BERSIH 4, hujung minggu lalu.

Mahathir hadir bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan ke acara yang antara lainnya diadakan bagi menuntut Najib berundur dari jawatan PM.

Perhimpunan BERSIH 4 selama 34 jam pada 29 dan 30 Ogos lalu dan dianggarkan dihadiri lebih 200,000 pada waktu kemuncaknya.

Penganjur pula menganggarkan jumlah kehadiran adalah seramai 500,000 orang sepanjang tempoh perhimpunan berlangsung.

Lihat Komen
ADS