Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Suspek kedua serangan bom di Bangkok ditangkap
Diterbitkan:  Sep 2, 2015 1:44 AM
Dikemaskini: 5:46 PM

Pihak berkuasa keselamatan Thai menahan seorang suspek yang dipercayai terlibat dalam serangan bom di Bangkok dua minggu lepas di sebuah wilayah dekat sempadan Thai-Kemboja.

Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan-ocha, berkata suspek lelaki itu ditangkap pagi semalam di wilayah Thai, membayangkan yang negara telah mencapai kemajuan besar dalam kes berkenaan sejak tertangkapnya suspek pertama pada hari Sabtu.

"Dia ditangkap di perkampungan Parai di wilayah Sakeaw," katanya dalam taklimat media semalam.

Beliau menyifatkan lelaki itu sebagai suspek penting. Wilayah Sakaew terletak di bahagian timur Thailand dan kira-kira tiga jam perjalanan kereta dari Bangkok.

Sementara itu, pihak berkuasa Thai enggan menamakan suspek atau kewarganegaraannya, walaupun media sosial telah memberikan maklumat tersebut.

Menurut maklumat di media sosial, Twitter, aplikasi chatting LINE dan Facebook, suspek yang ditahan semalam ialah seorang warga China berusia 25 tahun berasal dari Xinjiang, wilayah kumpulan etnik Muslim Uighur.

Dia didakwa cuba meninggalkan Thailand secara haram.

- Bernama

Lihat Komen
ADS