Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar yakin parti baru dapat kukuhkan pembangkang
Diterbitkan:  Sep 2, 2015 9:42 AM
Dikemaskini: 1:50 AM

Parti Amanah Negara (PAN) mungkin sebuah parti serpihan PAS tetapi bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau percaya ia masih boleh membantu mengukuhkan pembangkang bersama-sama dengan PKR, PAS dan DAP.

"Amanah akan terus mengukuhkan pembangkang di peringkat nasional, bersama KEADILAN, PAS, DAP dan kami akan memperluas muafakat ini termasuk kepada NGO-NGO lain yang komited dan yang berkongsi matlamat yang sama.

"Fokus kini adalah untuk memberikan rakyat satu alternatif yang berdaya maju, berasaskan kedaulatan undang-undang dan nilai-nilai demokratik,” kata Anwar dalam satu kenyataan yang disampaikan melalui peguamnya dan diedarkan lewat malam tadi.

Anwar yang juga ketua umum PKR, berkata demikian sebagai mengulas pengumuman bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada hari Isnin mengenai pembentukan PAN.

"Penubuhan sebuah parti pembangkang baru yang komited kepada perubahan dan reformasi merupakan satu petanda baik bagi politik matang yang mengetengahkan kebertanggungjawaban demokratik," tambahnya.

Terdapat kebimbangan bahawa PAS dan PAN boleh membawa kepada pertarungan tiga penjuru, dan dengan itu melemahkan barisan pembangkang.

Terdapat juga kebimbangan yang sama bahawa PAS, yang mungkin kecewa PKR menyokong PAN, juga boleh membawa kepada situasi yang sama, sekaligus memburukkan lagi keadaan.

Yang menjadi perhatian sekarang ialah sama ada PAS boleh duduk semeja dengan PAN dan juga bekas rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat termasuk PKR dan DAP.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS