Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sumpah puitis Anina demi tanah air
Diterbitkan:  Sep 2, 2015 12:49 PM
Dikemaskini: 7:51 AM

Selepas sah gugur keanggotaan dalam Umno kerana menyaman presiden parti, Anina Saaduddin kini meluahkan perasaannya dengan cara puitis.

Bekas anggota wanita Umno Langkawi itu antaranya bermadah bahawa menjadi anak Melayu dan rakyat Malaysia adalah takdir hidupnya.

Justeru, beliau akan berjuang untuk tanah air tercinta selagi nyawa dikandung badan.

Dengan nada bersemangat Anina juga menegaskan sumpah setianya untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusof semalam mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa Anina lucut keanggotaan serta merta kerana menyaman presiden parti dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Anina pada Jumaat lepas memfailkan saman untuk mendapatkan sebahagian daripada RM2.6 bilion sumbangan untuk parti yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Beliau sebelum itu mencuri perhatian selepas rakaman ucapannya yang mendakwa perdana menteri “kencing” tiga juta anggota Umno terdedah luas di Internet.

Berikut sajak penuh Anina yang baru dimuat naik ke Facebook beliau:

Bukan kuminta lahir ke dunia,

bukan kuminta menjadi Melayu,

bukan kuminta menjadi rakyat bumi Malaysia,

kasih kupasak untuk bumi tercinta,

demi Allah yang mentakdirkan aku menjadi anak Melayu, anak Malaysia

selagi hidupku ditentukan Allah untuk bernyawa,

selagi itu aku berjuang untuk tanah air tercinta.

Sumpah setiaku sebagai rakyat dan imanku sebagai umatnya, bergadai nyawa tetap aku pertahankan maruah agama, bangsa dan negaraku.

Salam perjuangan anak Malaysia.

Bukan ku minta lahir ke dunia,Bukan ku minta menjadi Melayu,Bukan ku minta menjadi rakyat bumi Malaysia,Kasih ku...

Posted by Anina Saadudin on Tuesday, 1 September 2015

Lihat Komen
ADS