Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PKR hari ini mendakwa tindakan polis memanggil penganjur BERSIH untuk merekodkan kenyataan berhubung perhimpunan itu hujung minggu lalu kerana wujud tekanan pihak luar.

Naib Presiden PKR Tian Chua berkata hal ini kerana perhimpunan selama 34 jam pada Sabtu dan Ahad di Dataran Merdeka itu berlangsung secara aman dan mendapat kerjasama kedua-dua pihak.

"Seperti yang kita saksikan perhimpunan ini dilaksanakan secara aman dan mendapat kerjasama sepenuhnya dengan pihak polis.

"Kami peserta dan pihak penganjur memuji pihak polis mempertingkatkan cara menangani himpunan sebesar ini.

"Malangnya, ada tekanan dari luar pihak polis yang menyebabkan polis terpaksa memanggil dan menyiasat tujuh ahli jawatankuasa BERSIH ini untuk disiasat dibawah Seksyen 120 dan 124 Kanun Keseksaan," katanya.

MP Batu itu berkata demikian pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, ketika hadir memberi sokongan kepada penganjur.

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah bersama enam lagi ahli jawatan pemandunya hari ini dipanggil pihak polis berhubung himpunan BERSIH 4.

Selain Maria, enam yang dipanggil untuk memberi kenyataan ialah Sarajun Hoda Abdul Hassan, Masjaliza Hamzah, Farhana Abdul Halim, Fadiah Nadwa Fikri, Mandeep Singh san aktivis Adam Adli Abdul Halim.

Pada himpunan tersebut penganjur menganggarkan 500,000 ribu peserta hadir memberi sokongan sepanjang dua hari perhimpunan itu.

Lihat Komen
ADS