Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Phahrolrazi sahkan sertai parti Amanah
Diterbitkan:  Sep 2, 2015 5:40 PM
Dikemaskini: 9:42 AM

ADUN Pengkalan Kundor Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi daripada PAS mengesahkan telah menyertai parti baharu yang sedang dalam proses didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) iaitu Parti Amanah Negara (Amanah).

Bekas Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah dan Exco kerajaan negeri itu berkata dengan itu keanggotaannya dalam PAS gugur secara automatik.

Bagaimanapun, beliau akan terus kekal sebagai wakil rakyat DUN itu, katanya dalam sidang media di Alor Setar hari ini.

Isnin lepas Pengerusi Gerakan Harapan Baru (HB) Mohamad Sabu mengumumkan Amanah digunakan sebagai nama rasmi wadah politik HB.

Katanya HB telah mengambil alih Parti Pekerja-pekerja Malaysia dan dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara, dan butirannya akan diserah kepada RoS bagi mendapatkan kelulusan.

Sementara itu Pengerusi Penaja Amanah Kedah Datuk Dr Ismail Salleh yang turut hadir pada sidang media itu berkata, Amanah Kedah akan dilancarkan secara rasmi oleh penasihat umumnya Ahmad Awang pada 9 September ini.

- Bernama

Lihat Komen
ADS