Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ahli perniagaan cedera ringan selepas kereta ditembak
Diterbitkan:  Sep 3, 2015 6:40 AM
Dikemaskini: 10:41 PM

Seorang ahli perniagaan bergelar datuk cedera ringan selepas kenderaan yang dinaiki ditembak dua lelaki bermotosikal di

Bulatan Loke Yew di ibunegara semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata dalam kejadian kira-kira 1.30 tengah hari itu, mangsa berusia 57 tahun yang menaiki kenderaan Toyota Vellfire dalam perjalanan dari Kajang menuju ke ibu negara.

"Mangsa hanya cedera ringan akibat terkena cermin dan bukan disebabkan oleh tembakan yang dilepaskan," katanya ketika dihubungi semalam.

Zainuddin berkata pemeriksaan ke atas kenderaan terlibat mendapati terdapatlebih lapan kesan tembakan yang mengenai bumbung dan cermin sebelah penumpangkenderaan terbabit.

"Dua lelaki berkenaan memakai sarung muka dan dipercayai melarikan diri menghala ke Jalan Hang Tuah, kita sedang menyiasat motif sebenar kejadian itu," katanya.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS