Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Minggu lepas, perhatian orang ramai tertumpu kepada perhimpunan besar BERSIH 4, yang secara khusus menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, sebab sebenar yang mendorong ke arah perhimpunan itu semakin hari semakin dilupakan.

Malaysiakini melihat semula perkara-perkara itu dan persoalan-persoalan yang belum terjawab berkaitannya.

Siasatan Bank Negara pada 1MDB

Pada 1 Ogos, Bank Negara mengumumkan bahawa siasatan dua bulannya terhadap syarikat pelaburan kontroversi negara 1MDB selesai dan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali.

Bank pusat itu juga mencadangkan tindakan sesuai diambil. Tiga minggu selepas itu, Apandi ketika dihuhungi berkata masih menelitinya.

Siasatan SPRM pada PM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan dua siasatan berkaitan Najib, iaitu penyaluran wang RM2.6 bilion ke akaun peribadinya dan dakwaan RM42 juta wang disalurkan daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.

Pada 3 Ogos, SPRM berkata RM2.6 bilion itu daripada penderma dan siasat masih berjalan. Pada 23 Ogos, suruhanjaya itu berkata kedua-duanya masih disiasat.

Persoalannya, apa kemajuannya setakat ini? Siapa pula akan didakwa?

Konspirasi guling kerajaan

Dua minggu selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin digugur sebagai timbalan perdana menteri, penggantinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa terdapat konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri.

Beliau menyebut 'seorang tua' Umno yang terlibat dalam rundingan melibatkan 87 anggota parlimen pembangkang dan bebas.

Butirannya tidak jelas tetapi ia kaedah pintu belakang itu dipercayai merujuk kepada undi tidak percaya. Wakil rakyat pembangkang menafikannya.

Zahid kemudian berkata individu itu kesal dengan tindakannya dan akan bertemu Najib pada 16 Ogos.

Pertemuan itu bagaimanapun tidak menjadi kenyataan selepas ia bocor di media. Siapa individu itu? adakah ada pertemuan selepas itu?

Semasa BERSIH 4, terdapat anggota parlimen pembangkang berucap meminta wakil BN bersama-sama menyokong usul tidak percaya pada Najib.

Tetapi semalam, Pengarah Komunikasi Stategik BN Datuk Rahman Dahlan berkata Najib tetap akan selamat jika perkara itu benar-benar berlaku.

Persoalannya, adakah rundingan masih berjalan? - Mkini English

Lihat Komen
ADS