Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pihak polis kini meneliti gambar dan video yang diambil dalam BERSIH 4 bagi mengenal pasti pihak untuk dipanggil soal siasat.

“Kita ada pasukan pegawai polis yang meneliti semua gambar dan klip video yang diambil dalam perhimpunan itu,” dedah Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini.

Beliau berkata lebih ramai orang akan dipanggil untuk disoal siasat susulan penglibatan dalam perhimpunan itu pada Sabtu dan Ahad lepas.

Khalid berkata polis menyiasat pelbagai perkara termasuk insiden memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sselain itu, turut disiasat insiden membakar wang sembahyang untuk acara kematian Cina yang diletakkan gambar Najib.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS