Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

MP Shah Alam membidas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed bahawa Parti Pekerja-Pekerja Malaysia tidak boleh dijenamakan semula sebagai AMANAH kerana ia bukan parti politik tetapi sebuah parti yang memperjuangkan hak pekerja.

Khalid Samad turut mendakwa Nur Jazlan antara tiga menteri Umno yang mahu menghalang penubuhan Parti Amanah Negara (AMANAH) kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak bijak.

"Jawapan Nur Jazlan nak halang kemaraan pihak kami yang berasal dari G18 setelah mendapat sokongan, diubah ke GHB untuk menyertai parti politik sedia ada dan menjadikan ia parti Islam yang baru.

"Jadi kalau Umno untuk Melayu saja, PAS untuk orang Islam sahaja ke?

"(Nur Jazlan) keluarkan kenyataan paling tidak bijak," kata Khalid dalam sidang media di Shah Alam hari ini.

Khalid turut menamakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi dan Timbalan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan yang didakwanya sebagai penghalang penubuhan parti Islam yang baru.

"Saya bangga bahawa pihak kerajaan berusaha untuk menghalang kemaraan kami. Walaupun (guna) hujah bodoh.

"Hujung tahun ini boleh buat pertandingan menteri ikon kurang bijak," katanya sinis.

Lihat Komen
ADS