Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kesemua 191 bahagian Wanita Umno seluruh negara hari ini sebulat suara menyokong pimpinan presiden Umno merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Kami putuskan akan berada di sisi presiden Umno untuk menentukan bahawa pembangunan Malaysia terus dijalankan.

"Kami setia kepada beliau, kami wanita tetap sokong Najib," kata Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam sidang media di PWTC selepas perjumpaan tertutup sayap itu dengan Najib.

Menurut Sharizat, hanya enam orang ketua wanita bahagian tidak dapat hadir kerana berada di Mekah untuk mengerjakan haji atau tidak sihat.

Bagaimanapun, kata Shahrizat, mereka masing-masing menghantar wakil.

Katanya, perjumpaan kali ini dianjurkan oleh Wanita dan Najib hadir atas jemputan.

Tadbir dengan baik

Sharizat berkata Wanita UMNO menyokong Najib kerana beliau menjalankan tugas dengan baik selama ini.

"Hari ini kita nampak ramai orang terbawa-bawa dengan agenda pembangkang di mana hanya melihat perkara negatif sahaja.

"Wanita bimbang kita akan lupa banyak perkara di Malaysia yang berjalan dengan begitu baik sama ada ekonomi, perpaduan dan lain tetapi kita hanya terikut-ikut dengan perkara negatif," katanya.

Lihat Komen
ADS