Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mempertahankan pendahulunya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud terhadap dakwaan rasuah di Persidangan Antarabangsa Anti-Rasuah (IACC) di Putrajaya hari ini.

Adenan berkata walaupun siasatan dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tetapi Taib tidak didakwa di mahkamah.

"Bercakap tentang kedaulatan undang-undang, salah satunya ialah seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah," katanya ketika bercakap sebagai ahli panel di persidangan itu.

Beliau menegaskan demikian dalam jawapannya kepada seorang lagi ahli panel, pengasas bersama Global Witness, Patrick Alley.

Taib berkhidmat sebagai Ketua Menteri Sarawak selama 33 tahun, dan semasa pemerintahannya, beliau dan keluarganya telah berdepan dengan pelbagai dakwaan rasuah.

Mereka telah menafikan sebarang dakwaan salah laku. Taib akhirnya meletak jawatan sebagai ketua menteri pada Februari tahun lalu, dan kemudian menjadi yang dipertua negeri Sarawak. Mkini English

Lihat Komen
ADS