Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM terima kunjungan hormat 3 negara
Diterbitkan:  Sep 3, 2015 6:40 PM
Dikemaskini: 10:41 AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima kunjungan hormat delegasi tiga buah negara untuk menjalin kerjasama dalam bidang pencegahan rasuah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali mengadakan pertemuan dengan delegasi berkenaan secara berasingan pagi ini.

Pada sesi bersama Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Timor Leste Dr Aserito Tilman, Mustafar diberitahu bahawa badan itu mahu mempertingkat perkongsian kepakaran bersama supaya usaha membasmi rasuah negara itu lebih efektif.

NGO Pakatan Pencegahan Rasuah Armenia yang diwakili pengarah eksekutifnya Artak Saribekya pula mengakui, berdasarkan pengalaman, SPRM boleh membantu memerangi rasuah di negara mereka berdasarkan.

SPRM dalam kenyataannya hari ini berkata, pertemuan dua hala itu diakhiri dengan perbincangan bersama Badan Antirasuah Senegal, yang diwakili presidennya Nafy Ngom Keita, yang juga bekas peguam negara itu.

Dalam pertemuan itu, Nafy berkata, negaranya mahu mempelajari mengenai prosedur penyiasatan dan latihan memandangkan badan antirasuah mereka baru ditubuhkan.

"Kunjungan hormat ini menunjukkan kesediaan negara luar untuk belajar dari SPRM.

SPRM bersedia untuk berkongsi dengan negara-negara yang menunjukkan minat," kata beliau yang juga pengerusi Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) kali ke-16 di Putrajaya.

Mustafar berkata SPRM bersedia berkongsi kepakaran dengan wakil dari negara-negara berkenaan, dengan menawarkan latihan untuk pegawai mereka di Akademi Antirasuah Malaysia (MACA).

Lihat Komen
ADS